11 Tanda Gastrik Menyerang dan Rawatan Secara Tradisional

Tanda Gastrik dan Rawatan Gastrik Tradisional. Gastrik ialah keluhan ramai orang kerana terdapat rasa perih di bahagian perut akibat kesan keradangan pada dinding lambung. Ada dua jenis gastrik yang perlu Anda tahu:
  1. Gastrik akut atau ringan. Ini adalah sakit gastrik yang timbul secara tiba-tiba atau mendadak. Tidak perlu rawatan khusus sebab ia akan reda dalam beberapa waktu.
  2. Gastrik kronik atau berat. Pada tahap ini, keadaan perut mula teruk sehingga mengakibatkan gastrik berlangsung lama dan berlaku secara perlahan-lahan.

Faktor sekaligus penyebab dari gastrik tidak lain bermula pada makanan atau minuman yang kita ambil. Penyakit ini akan mudah menimpa seseorang tatkala ia merasa lapar, namun tidak tepat dalam pemilihan makanan sehingga terjadilah keradangan pada mukosa perut akibat tingginya pengeluaran asid pada lambung.

Makanan yang mempunyai rasa pedas, asam, dan digoreng harus dielakkan ketika perut dalam keadaan kosong. Walaupun di saat perut tidak kosong, tetapi Anda ingin makan sesuatu, maka jangan berlebihan dalam pengambilan makanan pedas dan berasid. Bila ingin minum, kurangkan kopi dan minuman beralkohol. Elak pula tekanan fikiran agar tidak diserang stress.

Selain punca gastrik di atas, masih ada faktor lain yang perlu Anda ketahui. Semisal merokok, ia pun dalam kajian saintifik dikatakan boleh merangsang kelenjar rembesan jus gastrik. Faktor utama pada masalah gastrik ialah jangkitan bakteria Heliobacter pylori yang ada di dinding perut.

Bakteria itu tidak secara langsung menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang berujung pada ulcer perut, ada tahapan kesannya. Apabila bakteria ini membiak lebih lama dan tidak ditangani, maka boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang menghidap penyakit kanser perut pada masa depan. 

Tanda Gastrik Menyerang

Tanda Gastrik Menyerang Rawatan Gastrik Secara Tradisional

Menyimak dari pelbagai website yang mengulas lebih terperinci mengenai penyakit gastrik, sekurang-kurangnya diperoleh maklumat tanda gastrik semacam berikut.
  • Sakit di bahagian atas perut, tepatnya pada ulu hati.
  • Mual.
  • Muntah-muntah.
  • Rasa tidak selesa dan perut kembung atau penuh.
  • Rasa senak, berangin atau pedih.
  • Kotoran najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah. Ini terjadi saat gastrik sudah kronik.
  • Penurunan berat badan.
  • Selera makan tak ada.
  • Gangguan pencernaan.
  • Sering sendawa berulang kali.
  • Kerap kentut selepas makan.

Rawatan Gastrik Klinikal dan Tradisional

Seeloknya, rawatan gastrik dilakukan dengan menyesuaikan pada faktor penyebab penyakit ini. Untuk itu, Anda perlu mengetahui lebih dahulu dengan perundingan pada doktor agar ia boleh menganalisis dan menegakkan diagnosis guna menentukan rawatan apa yang tepat bagi Anda.

Gastrik peringkat ringan umumnya disebabkan oleh pengambilan minuman beralkohol dan ubat-ubatan tertentu, seperti ubat pereda rasa sakit (ibuprofen dan aspirin) dan ubat anti-keradangan bukan-steroid.

Sedangkan gastrik kronik lebih biasa disebabkan oleh jangkitan bakteria H. pylori. Untuk ubat gastrik akibat jangkitan bakteria, biasa doktor memberikan ubat berupa antibiotik guna memberantas keberadaan bakteria tersebut dalam perut Anda.

1. Kaedah Rawatan Gastrik Modern atau Klinikal

Berikut ini senarai ubat gastrik yang bisa diperoleh secara klinikal.

Ubat Antasid
Ubat macam ini membawa khabar gembira kepada pesakit gastrik sebab mampu mengubati dengan kesan segera, perut menjadi lega selepas meminumnya. Ubat ini diperbuat daripada garam karbonat atau hidroksida yang berfungsi sebagai penebat asid gastrik sementara waktu yang mengelak asid reflus mengalir ke dalam tiub esofagus sehingga menimbulkan rasa hati terbakar.

Meski mempunyai kesan bagus, tetap tidak disyorkan Anda bergantung kepada ubat jenis ini sebab ia juga mengandungi macam-macam bahan kimia sintetik yang sukar dicerna oleh tubuh. Untuk cadangan pengambilan, cukuplah 3 kali dalam sehari. Sila cari tahu lebih lanjut dengan menengok laman web Kementerian Kesihatan.

Antibiotik
Beberapa macam antibiotik boleh diberikan, seperti amoksisilin, klaritromisin (Biaxin), tetrasiklin, dan metronidazol. Sifat ubat antibiotik ialah bertujuan untuk menurunkan kadar asid yang tinggi di dalam perut, membunuh bakteria H. pylori yang tersembunyi di dalam dasar dinding perut, dan meredakan kesakitan yang berlaku.

Sebaiknya Anda bila diberi resepi ubat gastrik ini, tetapkan agar tidak mengambil ubat-ubatan lain secara serentak agar mengelak berlakunya kesan berupa kontra. Perlu diingat, ubat antibiotik sesungguhnya hanya bekerja mengurangkan gejala yang timbul, bukan melakukan tindakan penyembuhan. Penggunaannya pun tidak boleh dalam jumlah yang besar dan masa yang lama, sebab ia boleh meningkatkan risiko osteoporosis, ensefalopati, dan gangguan fungsi buah pinggang.

Proton Pump Inhibitor (PPI)
Ubat gastrik ini bertindak dengan mengawal pengeluaran asam lambung berlebih dalam perut dengan cara menghalang pam proton yang mentranspor ion H+ keluar dari sel pariental lambung. Contoh ubat ini ialah omeprazol, esomeprazol, lansoprazol, pantoprazol, dan rabeprazol.

Sama seperti antasida, PPI tidak boleh dimakan dalam jumlah tinggi, sebab kesannya boleh meningkatkan risiko patah tulang pada pinggul, pergelangan tangan, dan tulang belakang. Ubat ini juga boleh menyebabkan darah menjadi semakin kotor dan pekat yang diperolehi kerana makanan yang tidak sempurna dihadam oleh tubuh.

2. Kaedah Rawatan Gastrik Tradisional

Berikut ini senarai bahan untuk pembuatan ubat gastrik tradisional.

Kunyit
Kunyit mengandungi curcumin dan minyak atsiri yang boleh menyembuhkan gastrik akut dan bahkan kronik. Cara buat ubat gastrik tradisional dari kunyit:
  • Ambil 50 gram kunyit, cuci bersih pakai air.
  • Hiris-hiris kecil kunyit, selepas itu diparut.
  • Rendam kunyit ke dalam air panas, kemudian perah untuk mendapatkan airnya.
  • Minum air perasan kunyit sebanyak 2 kali dalam satu hari hingga gastrik sembuh.

Madu dan Lidah Buaya
Lidah buaya juga mengandung minyak atsiri yang bekerja memperbaiki gangguan pada lambung. Ia mempunyai zat aloebarbadiod dan aloemoedin yang dapat melancarkan sistem hadam tubuh. Sila cuba rawatan gastrik semulajadi dari madu dan lidah buaya.
  • Potong satu lidah buaya, buang lendir yang ada di dalam lidah buaya pakai air mengalir.
  • Selepas lendir hilang dan bersih, gunakan pengisar untuk mengisar lidah buaya. Tambah jus.
  • Seterusnya, tambah madu.
  • Minum sehari dua kali.

Daun Alpukat
  • Ambil alpukat dan daunnya untuk mengubati maag kronik maupun akut.
  • Sediakan 5 helai daun alpukat, kemudian koyak kecil-kecil.
  • Rendam ke dalam air panas.
  • Tunggu hingga air menjadi panas dan berubah warna.
  • Selepas siap, minum ramuan semasih hangat.

Cara Elak Gastrik

Ada banyak langkah untuk mengelak gastrik. Berikut ini beberapa perkara yang boleh Anda cuba.

Makan Teratur
Dalam sehari idealnya setiap orang memberi pengambilan makanan berkhasiat sekurang-kurangnya tiga kali, iaitu makan pagi, makan tengah hari, dan makan malam. Pengambilan makan dengan pola waktu yang rutin dan teratur dapat mengelak gangguan pencernaan dan penyakit gastrik.

Makan Lebih Sedikit
Pengambilan makanan dengan jumlah sedikit boleh Anda cuba bila merasa asam lambung sudah terlalu teruk. Hal ini boleh mengelak gastrik dengan baik dan signifikan. Dengan catatan, pengambilan pemakanan harian tidak boleh berkurang. Untuk itu, maka buatlah jadual makan lebih kerap dalam satu hari bila tiap makan mengambil bahagian sedikit.

Kurangi Makanan Pedas, Asam, dan Gorengan
Makanan pedas boleh menyebabkan sakit perut dan meningkatkan asid pada lambung. Sedangkan makanan yang digoreng juga tidak baik untuk kesihatan tubuh, sebab boleh menimbun lemak dan juga akan menghasilkan asam lambung lebih tinggi. Elak mereka, elak gastrik.

Kurangi Tekanan
Hidup memang ramai menemui masalah. Anda tidak boleh menyerah dengan segala takdir yang telah Allah tuliskan. Jangan biarkan diri Anda tersiksa oleh tekanan akibat ketidakmampuan diri untuk menerima takdir. Stress boleh menjadi pencetus utama dari gastrik yang mungkin belum anda ketahui.

Kasih Petua berharap informasi tentang tanda gastrik, rawatan gastrik, dan cara elak gastrik ini membawa manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengalami gastrik. Bila gangguan kesihatan ini terus berlangsung, sila berjumpa doktor segera untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
11 Tanda Gastrik Menyerang dan Rawatan Secara Tradisional | Unknown | 5