10 Tanda Awal Demam Denggi Berdarah Perlu Diketahui

Tanda Awal Demam Denggi. Demam denggi berdarah dapat menyiksa penderitanya akibat rasa sakit yang tak tertanggung hingga terasa ke dalam tulang. Demam denggi merupakan penyakit yang datangnya dari gigitan nyamuk Aedes aegypti. Nyamuk ini mewabahkan virus ke dalam tubuh manusia yang digigit. Merujuk pada catatan, diperkirakan ada sekitar seratus juta kes demam denggi yang berlaku setiap tahun di seluruh dunia. Penyakit demam denggi boleh merebak seketika dan menimpa ribuan orang dalam masa yang singkat.

Punca dari demam denggi adalah virus denggi yang disuntik oleh Aedes aegypti melalui proses menggigit. Dengan kata lain, demam denggi bukan penyakit yang semena-mena menular langsung dari seseorang kepada orang lain tanpa perantara nyamuk tersebut. Nyamuk Aedes aegypti lebih banyak berkembang biak di daerah beriklim lembap dan hangat seperti pada bandar-bandar besar berpenduduk tinggi.

Apa Tanda Awal Demam Denggi?

Tanda Awal Demam Denggi Berdarah

Virus denggi boleh berproses sekitar empat hingga tujuh hari. Pada hari ketujuh tersebut, biasanya akan muncul tanda-tanda demam denggi berdarah. Simptom penyakit ini umumnya akan kelihatan lebih jelas ketika memasuki hari keempat belas setelah masa inkubasi dan bermula dengan demam tinggi mencapai suhu 41 darjah celsius.

Berikut ini merupakan tanda awal penyakit demam denggi berdarah selain panas tubuh meningkat.
  • Tubuh kedinginan sangat
  • Sakit kepala yang menyiksa
  • Sakit pada tekak
  • Nafsu makan menjadi hilang
  • Adanya bintik-bintik merah pada kulit
  • Rasa nyeri di daerah perut disertai mual-mual
  • Wajah berwarna merah
  • Kesakitan yang melampau di bahagian tulang, sendi, otot-otot bahagian lengan, kaki, dan punggung bawah
  • Rasa sakit di bahagian belakang mata
  • Berlaku pendarahan yang tidak umum, seperti mimisan, gusi berdarah, dan kencing berdarah

Tanda awal demam denggi tersebut akan reda dalam masa beberapa minggu bila memperoleh perubatan sesegera mungkin. Proses yang diperlukan agar pesakit dapat sembuh total biasanya memakan masa sehingga beberapa minggu. Pesakit akan merasakan keletihan yang berlebihan ketika simptom penyakit tersebut reda.

Kapan Perlu Jumpa Dokter?

Anda perlu jumpa pada doktor bila melihat ada tanda penyakit seperti selesema atau demam panas selama lebih dari satu minggu. Pemeriksaan yang hendak dilakukan oleh doktor umumnya untuk mengenal pasti apa Anda dijangkiti demam denggi dengan melakukan tes darah. Tes darah ini juga penting dilakukan agar doktor dapat tahu bilamana terdapat gangguan kesihatan serius lain yang menyebabkan simptom tersebut.

Cara Mencegah Pembiakan Nyamuk Aedes

Nyamuk Aedes aegypti adalah pembawa denggi utama di Malaysia. Banyak doktor mengatakan bahawa Aedes adalah binatang pembunuh nombor satu dalam diam. Yang berbahaya sebetulnya bukan pada nyamuk, tetapi pada virus yang dibawa. Agar Anda dan keluarga tidak terkena penyakit demam denggi, maka lakukan langkah untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes ini.
  1. Jaga ruangan agar selalu bersih, juga perhatikan persekitaran rumah Anda, sesekali keluarkan sedikit wang untuk melakukan fogging.
  2. Bersihkan tab mandi secara rutin dan taburkan serbuk abate agar jentik-jentik nyamuk tewas.
  3. Lakukan 3M. Menutup, membuang, atau menanam benda-benda kecil penampung air seperti tin yang ada di rumah Anda.
  4. Pasang kawat anti nyamuk di seluruh ventilasi (pengudaraan) rumah anda.
  5. Tidur di bawah kelambu, terutama bila Anda punya bayi.
  6. Gunakan losyen anti nyamuk yang mengandungi N-diethylmetatoluamide (DEET) yang dapat mencegah gigitan nyamuk. Namun jangan pakaikan pada bayi yang berusia di bawah dua tahun.
  7. Kenakan pakaian panjang lebih sering untuk melindungi kulit dari gigitan nyamuk, terutama ketika keluar rumah di bawah pukul sembilan pagi.
  8. Sebisa mungkin untuk membersihkan genangan air agar tidak ada telur nyamuk Aedes.

Merawat dan mengelakkan lebih baik daripada mengubati. Demikian artikel ini ditulis untuk membantu Anda mengenai tanda awal penyakit demam denggi berdarah, semoga berguna.
10 Tanda Awal Demam Denggi Berdarah Perlu Diketahui | Unknown | 5