Sindrom Kematian Mengejut - Sebagai orang tua pasti akan merasa terkejut dan sukar menerima kenyataan apabila bayi mereka meninggal dunia secare tiba-tiba, tak di nafikan memang ajal dan maut ada di tangan tuhan, tetapi apa sebenarnya sindrom kematian bayi secare tiba-tiba itu dan pasti kita akan bertanya Tanya bagaimana hal itu boleh terjadi, Apakah penyebabnya, mari kita bahas satu persatu:
Sindrom Kematian Bayi Mendadak
Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian secara tiba-tiba yang tentu tidak diharapkan. Sindrom ini biasanya berlaku pada bayi dengan usia antara 1 bulan hingga dengan 1 tahun.
Sebuah kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 95% kes Sindrom ini melibatkan bayi yang berumur 6 bulan ke bawah dan 60% diantaranya terjadi ketika bayi berusia antara 2 hingga 4 bulan. Namun, doktor masih tidak dapat mengenal pasti apa penyebab pasti dari kematian tersebut.
Di antara bayi yang dikenal pasti ada yang mengalami kerosakan pada bahagian otak kerana kekurangan bekalan oksigen. Dan Ada juga yang bermasalah dengan sistem imunisasi serta gangguan metabolik.
Biasanya, bayi akan menangis dan susah tidur apabila kekurangan oksigen. namun hal ini tidak terjadi pada bayi yang mengalami masalah kerosakan pada bahagian otak. Iaitu bayi akan kelihatan lemas dan tidak adanya mekanisme perlindungan masa bertindak balas.
Jadi sebagai orang tua sebaiknya anda merubah cara rawatan bayi anda untuk mengurangkan risiko terkena (SIDS)
5 Tabiat Yang Harus anda Elakkan
5 kebiasaan ini sering terjadi dan hal ini sangat berbahaya bagi bayi anda, elakkan kebiasaan ini agar bayi anda terhinda dari SIDS.
- Bayi Tidur Tengkurap
Bayi yang tidur dalam posisi Tengkurap sangat berisiko terkena (SIDS), bayi yang tidur dengan posisi meniarap akan kesulitan semasa bernafas kerana bahagian hidung dan mulut akan tertutup. Dan hal ini Ini akan membuat bayi menjadi lemas. Sebagai orang tua anda wajib ada dan sentiasa meninjau keadaan bayi anda ketika tertidur. Bayi yang tidur dengan posisi meniarap tidak hanya berisiko mengalami sindrom kematian mengejut, tapi juga akan mudah tersendak dan mengalmi muntah.
- Jangan Gunakan slimut Dan Kasur Yang Terlalu nipis / Berlapis
Permukaan tilam dan peralatan tempat yang terlalu lembut dan nipis memang akan membuat bayi berasa selesa semasa tidur. Namun hal ini tidak selamat digunakan, kerana boleh menyebabkan berlakunya (SIDS).
Tilam dan peralatan tempat yang terlalu lembut dan tipis akan membuat bayi tenggelam dari permukaan serta wajah bayi boleh Tebenam di dalam tilam yang terlalu lembut. Sebaiknya anda juga berhati hati pada masa akan membeli bantal dan cadar untuk bayi.
Di samping itu menggunakan slimut yang berlapis-lapis juga sangat tidak digalakkan untuk bayi serta Menggunakan bantal & cadar, tilam udara juga merupakan satu tindakan berisiko yang akan menyebabkan (SIDS).
- Penggunaan Liner Kasur Plastik
Jangan menggunakan katil yang beralaskan plastik, apabila anda takut katil anda kotor kerana terkena kencing bayi, sebaiknya anda boleh menggunakan Liner katil khusus, dan jangan sampai tindakan anda pada risiko SIDS.
- Persekitaran Asap Rokok
Selain itu bayi yang terdedah kepada asap rokok juga sangat berisiko tinggi terdedah kepada SIDS, Walaupun anda sendiri tidak merokok, sebaiknya jauhkanlah bayi anda daripada pendedahan kepada asap rokok.
Sebuah penelitian membuktikan bahawa seseorang yang menghirup asap rokok (Pasif) lebih berisiko daripada penghisap rokok / Perokok (Aktif)
Dan apabila tabiat meroko ini di lakukan oleh ibu hamil maka gejala SIDS, akan lebih mudah di alami oleh bayi yang akan di lahirkan nanti.
- Pakaian Bayi Yang Terlalu Tebal
Memberikan bayi pakaian yang terlalu tebal boleh menjadikan masalah iaitu suhu badan bayi akan terlampau panas dan hal ini boleh meningkatkan risiko SIDS.
Ada beberapa Tanda-tanda mungkin bayi anda terlalu panas iaitu:
- Berpeluh,
- Rambutnya basah,
- Ruam lampin,P
- Pernafasan yang cepat,
- Gelisah,
- Demam.
Peganglah bahagian perut dan leher bayi, rasakanlah sama ada bayi anda terlalu panas atau terlalu sejuk sehingga anda dapat menyesuaikan pakaian dan slimut yang perlu di pakai. Jangan memeriksa suhu badan bayi melalu telapak tangan kerana telapak tangan dan telapak kaki bayi selalu bersuhu normal.
Sekian Artikel dari KasihPetua.com semoga bayi anda sentiasa di beri kesihatan hingga beranjak dewasa dan tentunya menjadi anak-anak yang membanggakan bagi kedua-dua orang tuanya.